Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

01 November 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

22

Soalan

TUAN WONG CHEN [ KELANA JAYA ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan:
(a) sudahkah Kerajaan menjalankan kajian untuk mengenal pasti bagaimana syarat-syarat Perjanjian Paris dapat dipenuhi; dan
(b) sudahkah Kerajaan berunding dengan semua pihak yang terlibat dalam usaha memenuhi syarat-syarat Perjanjian Paris tersebut, terutamanya industri-industri berkaitan, sebelum meratifikasikan perjanjian ini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Syarat-syarat Paris Agreement pelaksanaan perjanjian tersebut seperti modalities, procedures, dan guidelines masih belum dimuktamadkan.
Malaysia mempunyai obligasi untuk menyediakan pelan tindakan perubahan iklim jangka masa panjang yang dinamakan Nationally Determined Contributions (NDC) setiap 5 tahun sekali. NDC merupakan sumbangan negara kepada usaha global untuk menangani impak perubahan iklim bagi tempoh pasca-2020 di bawah Paris Agreement. Malaysia telah mengemukakan NDC pertamanya kepada UNFCCC pada 27 November 2015.
Negara perlu melaporkan pelan tindakan adaptasi perubahan iklim termasuk mengenal pasti keperluan jumlah dana bagi melaksanakan tindakan adaptasi. Jumlah sumbangan dana yang diterima dari negara maju juga perlu dinyatakan sebagai sebahagian daripada proses pelaporan dan penilaian.
Attachments