Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

03 November 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

26

Soalan

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ]minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-
(a) mengapa 28 jenis bacaan CEMS insinerator Pangkor 2015 adalah kosong (http://goo.gl/Ksv0xh); dan
(b) cadangan projek insinerator di Taman Beringin, Kepong yang bersebelahan dengan Projek PPA1M, Taman Metropolitan Kepong, sama ada ketinggian cerobong insinerator lebih rendah daripada bangunan PPA1M dan ini mematuhi keperluan Akta Kualiti Alam Sekitar.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


a. Laporan EIA Terperinci (DEIA) cadangan loji insinerator Pulau Pangkor telah diluluskan pada 23 Februari 2009 dan telah mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2013. Bagaimanapun atas sebab teknikal, operasi insinerator tersebut telah beroperasi secara on-off pada 2015 dan disebabkan itu data CEMS pada waktu loji tidak beroperasi tidak dicerap dan dihantar secara atas talian kepada JAS. Dimaklumkan juga, kontraktor yang dilantik oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) bagi mengoperasikan loji insinerator tersebut telah ditamatkan kontraknya pada 16 Mac 2016 kerana kegagalan mengoperasikan loji tersebut seperti yang disyaratkan.
b. Pembinaan loji rawatan terma atau insinerator merupakan salah satu aktiviti yang ditetapkan di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 yang memerlukan pemaju projek menyediakan Laporan EIA. Untuk makluman, laporan EIA bagi cadangan projek insinerator di Taman Beringin, Kepong tersebut masih di peringkat kajian. Oleh itu, maklumat dan status ketinggian cerobong yang akan dibina bagi cadangan projek insinerator di Taman Beringin, Kepong akan dinilai oleh JAS apabila laporan EIA yang disiapkan dikemukakan kepada JAS untuk pertimbangan kelulusan.
Sekian, terima kasih.
Attachments