Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

07 November 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

10

Soalan

Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tindakan yang diambil terhadap pihak yang membuang sisa toksik di Bentong Pahang pada 7 Oktober 2016 dan Nilai, Negeri Sembilan pada 23 Oktober 2016 yang mencemar kualiti air Sungai Semenyih yang menyebabkan loji rawatan baru di Labuhan Dagang terpaksa berhenti operasi sehingga mengakibatkan banyak kawasan di Selangor terputus bekalan air.

Jawapan



JAWAPAN:




Tuan Yang Dipertua,
Untuk makluman, isu pencemaran air Sungai Semenyih telah menyebabkan hentitugas di Loji Rawatan Air Semenyih dan bukannya di Loji Rawatan Labuhan Dagang. Loji Rawatan Labuhan Dagang masih belum beroperasi. Berdasarkan siasatan Jabatan Alam Sekitar, tiada penemuan pelupusan haram berlaku di Bentong, Pahang yang boleh mencemarkan Sungai Semenyih. Manakala di Nilai, Negeri Sembilan siasatan bersepadu (JAS Negeri Sembilan, Majlis Perbendaran Nilai, JUPEM, JPSM, Badan Kawal Selia Air dan JPS) masih diteruskan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pihak JAS juga telah mengemukakan 4 lokasi sampel air kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis.
Sekian, terima kasih.
Attachments