Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

08 November 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

30

Soalan

Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan permohonan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung kelulusan peruntukan RM997 juta bagi mengatasi masalah perparitan dan banjir di negeri ini. Mengapakah projek sambungan seperti Jalan P.Ramlee dan juga di Daerah Barat Daya, Seberang Perai Utara dan Selatan tidak diluluskan. Senaraikan jumlah peruntukan bagi permasalahan sama yang diberikan kepada negeri-negeri lain sejak tahun 2010 hingga kini. 

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

 

Permohonan seperti yang dinyatakan oleh YB Bagan berjumlah RM997 juta adalah bagi maksud melaksanakan projek-projek rancangan tebatan banjir (RTB) berikut:

1. RTB Sungai Pinang

2. RTB Sungai Juru

3. RTB Sungai Perai

4. RTB Bayan Lepas

5. RTB Lembangan Sungai Jawi

 

Dalam Rolling Plan 2 (RP2) RMK11, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah menerima sejumlah RM150 juta untuk pelaksanaan kerja-kerja RTB Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Pinang.

 

Bagi Daerah Seberang Perai Utara, satu projek sedang dilaksanakan di bawah projek sambungan RMKe-10 iaitu RTB Tasek Gelugor yang melibatkan pembinaan rumah pam di Sungai Pengkalan Machang, Sg. Dua, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang bernilai RM8.6 juta. Status pelaksanaan projek adalah 92% siap.

 

Manakala bagi Daerah Seberang Perai Selatan, satu projek juga sedang dilaksanakan di bawah projek sambungan RMKe-10 iaitu RTB Lembangan Sungai Kerian melibatkan Kerja-kerja Membina Ban dan Struktur di Kg. Tanjung Berembang/ Taman Sempadan dan Kg. Teluk Ipil/ Kg. Teluk, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang bernilai RM46 juta. Status pelaksanaan projek adalah 90% siap. Manakala, permohonan projek di Daerah Barat Daya bagi RTB Bayan Lepas dan RTB Balik Pulau masih belum diluluskan.

 

 

Sekian, terima kasih.

Attachments