Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

08 November 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

12

Soalan

Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dirujuk sepenuhnya berkenaan dengan projek pendaratan ikan tuna Kedah (Kedah Integrated Fishery Terminal) dan kesan alam sekitarnya. Apakah pandangan Kementerian tentang projek itu.

Jawapan

AWAPAN:


Tuan Yang di-Pertua,


Projek ini adalah di bawah bidang kuasa pihak kerjaan Negeri. Sehingga kini, pihak Jabatan Alam Sekitar masih belum menerima laporan EIA kerana projek ini masih belum dimulakan lagi. Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Majlis Perancangan Fizikal Negara(MPFN), hanya kelulusan untuk guna tanah Pelabuhan Perikanan Laut dalam sahaja baru diperolehi.
Sekian. Terima kasih.

Attachments