Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

09 November 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

30

Soalan

Datuk Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan dalam memelihara panda yang dibawa masuk dari China dalam melambangkan keakraban. Jelaskan juga apakah rancangan Kerajaan selepas tamat tempoh pemeliharaan tersebut di Malaysia.

Jawapan



JAWAPAN:


Tuan Yang di- Pertua,
Perbelanjaan keseluruhan pelaksanaan Perjanjian Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda di Zoo Negara untuk tahun 2014 - 2016 adalah berjumlah RM30,214,186.00. Jumlah ini adalah gabungan peruntukan daripada Kerajaan Malaysia berjumlah RM25,449,044.00 dan Zoo Negara Malaysia yang berjumlah RM4,765,142.00.
Perjanjian Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda telah ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan China Wildlife Conservation Association (CWCA) adalah ditandatangani untuk tempoh 10 tahun dan akan tamat pada 20 Mei 2024. Keputusan untuk melanjutkan atau menghantar pasangan Giant Panda pulang ke China akan diputuskan kelak oleh Kabinet.
Sekian, terima kasih.

Attachments