Tuan Yang Dipertua,
(a) Kerja-kerja pengawalan hakisan pantai telah dilaksanakan di sebahagian kawasan-kawasan yang menghadapi masalah hakisan di Pantai Sabak, Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Irama. Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memperuntukan RM20 juta dalam RMKe -11 bagi pengawalan hakisan di Pantai Mek Mas sepanjang 4 km.
(b) JPS juga turut bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Negeri dan State Planning Committee (SPC) dalam memastikan semua permohonan projek pembangunan hartanah yang melibatkan penambakan laut atau yang berhadapan pantai, perlu melalui proses kajian hidraulik yang ketat dan menepati Garis Panduan JPS 1/97 (Kawalan Hakisan Berikutan dari Pembangunan di Kawasan Pantai) dan Guidelines For Preparation of Coastal Engineering Hydraulic Study and Impact Evaluation (2001) serta Keperluan Tambahan untuk Permodelan Hidrodinamik (2013).