Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran tidak menolak kesan perubahan iklim yang melanda dunia, kemungkinan episod hujan yang lebat dan berpanjangan akan berlaku lagi. Berdasarkan analisa dan penilaian rekod hujan bagi tahun 2016 dari bulan Januari hingga Julai, tahap penerimaan hujan di Pantai Timur adalah lebih kurang 38% iaitu berada pada tahap normal pada ketika ini. Baki hujan 62% lagi diramal akan turun pada Ogos hingga Disember 2016.
Bagi langkah adaptasi, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia sedang mempertingkatkan kemampuan dan ketepatan ramalan banjir melalui pembangunan model ramalan banjir dibawah Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRAB).
Berdasarkan pembangunan model ramalan, ramalan banjir dapat dikeluarkan 7 hari lebih awal. Manakala, hebahan dan amaran banjir dapat dikeluarkan 2 hari lebih awal.
JPS telah mengeluarkan Surat Pekeliling JPS Bil. 1 Tahun 2014 (Penggunaan NAHRIM Technical Guide No 1 – Estimation of Future Design Rainstorm under the Climate Change Scenario in Peninsular Malaysia, (2013)) bagi menyatakan pematuhan penggunaan reka bentuk hujan ribut pada masa hadapan (future design rainstorm) bagi reka bentuk platform
3
bangunan, infrastruktur dan utiliti; bekalan air; reka bentuk empangan (tadahan air); pengairan pertanian, reka bentuk hydropower dan pertanian komoditi (kelapa sawit dan getah).
Projek-projek adaptasi lain yang dilaksanakan oleh JPS termasuklah projek-projek tebatan banjir, pengorekan muara sungai, kawalan hakisan pantai dan sebagainya.
Di samping itu, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menjalankan projek-projek penyelidikan bagi menentukan tahap vulnerabiliti perubahan iklim terhadap sektor ekonomi sumber air, tenaga, marin dan pantai, pertanian, biodiversiti, hutan dan kesihatan bermula daripada tahun 2000. Lanjutan daripada projek-projek tersebut, Projek Kajian Lanjutan Impak Perubahan Iklim Ke Atas Sumber Air Negara (Fasa 2) akan dijalankan pada RMKe-11. Outcome daripada kajian ini dijangka akan dapat mengurangkan “gap” data-data dan maklumat saintifik yang boleh digunapakai dalam amalan kejuruteraan, penilaian sosio-ekonomi, penyediaan polisi dan pemantauan projek, menambahbaik ketepatan dan keberkesanan amalan kejuruteraan sedia ada bagi mencapai objektif projek sektor berkaitan dan meminimakan kesan perubahan iklim melalui garis panduan dan prosedur, dan mempertingkatkan keberkesanan pelan perancangan dan pembangunan serta kelestarian sosio-ekonomi negara melalui kajian penilaian vulnerabiliti dan sosio-ekonomi. Juga berpotensi untuk mengurangkan risiko berganda dari bencana hidro-iklim .
Sekian, terima kasih.