Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

16 November 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

33

Soalan

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah rancangan strategik jangka pendek bagi mengatasi masalah banjir di negeri Pulau Pinang yang melibatkan agensi-agensi Kementerian Persekutuan.  

Jawapan

Tuan Yang Dipertua,

 

Bagi mengatasi masalah banjir dalam jangka masa pendek di Pulau Pinang, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan Program Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir bernilai RM9 juta menggunakan peruntukan Persekutuan di bawah RMKe-11 RP1. Kesemua 53 projek yang sedang dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya dalam tahun 2016. Kesemua kerja ini merangkumi skop mendalamkan sungai, menstabil tebing sungai, membaik pulih dan menaiktaraf infrastruktur (rumah pam, pintu air) bagi mengurangkan impak banjir.   

Attachments