Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

16 November 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

36

Soalan

Tuan Gooi Hsiao-Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan status pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah/ Anak Bukit dan jangka masa bila ia akan diselesaikan, dan menjelaskan akibat kelewatan penyempurnaan projek tersebut sekiranya ada.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah/ Anak Bukit merangkumi komponen-komponen berikut:


1. Pakej 1 : Menaiktaraf Sungai Baru/Sungai Kubang Rotan (Chainage 0 sehingga Chainage 5500) – pelaksanaan projek telah siap sepenuhnya pada 17 Oktober 2012.


2. Pakej 2 : Pembinaan Lencongan Sungai Baru (Chainage 0 sehingga Chainage 12600) Dan Menaiktaraf Sungai Anak Bukit (Chainage 0 sehingga Chainage 1750) Serta Kerja-Kerja Berkaitan, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedah, Kedah - pelaksanaan adalah 58% berbanding perancangan sebanyak 61%. Ia bermula pada 25 September 2013 dan akan siap sepenuhnya pada 27 Sep 2017 selepas kelulusan lanjutan tempoh masa nombor 2.


3. Pakej 3 : Menaiktaraf Sungai Tanjung Pauh (Chainage 12600 sehingga Chainage 25100), Menaiktaraf Terusan Utara Dan Terusan Utama Mada (Chainage 0A sehingga Chainage 7400A) Dan Menaiktaraf Sungai Anak Bukit (Chainage 1750 sehingga Chainage 4600) Serta Kerja-Kerja Berkaitan, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedah/Anak Bukit, Kedah - pelaksanaan
adalah 66% berbanding perancangan sebanyak 95%. Ia bermula 5 November 2014 dan siap pada 4 November 2016.
Faktor utama bagi kelewatan pelaksanaan projek bagi Pakej 2 dan Pakej 3 adalah kerana tempoh proses pengambilan tanah yang memakan masa di samping bantahan pengambilan tanah yang diterima oleh pihak Kerajaan. Sehingga hari ini, hampir 95% kes pengambilan tanah telah pun selesai dan baki 5% termasuk kes bantahan yang sedang dalam tindakan.


Sekian, terima kasih.

Attachments