Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

17 November 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

51

Soalan

Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah yang dijalankan bagi memantau kualiti air sungai di Malaysia khususnya di kawasan pembangunan pesat dan kawasan perindustrian yang berpotensi mencemari sungai di negara ini

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Pemantauan kualiti air sungai di Malaysia telah mula dijalankan sejak tahun 1978 oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Pemantauan dilaksanakan melalui program pengawasan kualiti air sungai secara berkala di 891 stesen persampelan bagi 477 batang sungai di seluruh Negara. Hasil analisis kualiti air sungai yang dijalankan ini adalah dibandingkan dengan Kriteria dan Standad Kualiti Air Kebangsaan dan dilaporkan status kualiti airnya berdasarkan Indeks Kualiti Air oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Hasil pemantauan diterbitkan setiap tahun di dalam Laporan Kualiti Alam Sekeliling yang dijadikan rujukan oleh semua pihak yang berkepentingan dalam pengurusan sungai di Malaysia.
Selain itu, Jabatan Alam Sekitar juga mengoperasikan sepuluh (10) buah stesen pengawasan kualiti air sungai automatik di 10 buah sungai utama di mana terdapatnya takat pengambilan air bagi loji rawatan air minuman. Setiap stesen ini mencerap enam (6) parameter secara insitu iaitu pH, oksigen terlarut, kekeruhan, ammonium, saliniti dan konduktiviti. Sistem pengawasan ini boleh memberi amaran awal kepada operator loji rawatan air sekiranya terdapat parameter pencemar yang melebihi had yang ditetapkan berdasarkan Garispanduan Kualiti Air Mentah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Jabatan Alam Sekitar juga sedang memperkasakan dan mempertingkatkan program pengawasan kualiti air sungai terutamanya bagi sungai-sungai
3
berkepentingan yang merupakan sumber air bersih dan rekreasi. Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pengawasan kualiti air sungai ini menjadi input penting kepada Kementerian ini dalam mengenalpasti perubahan kualiti air sungai, pencemaran daripada kawasan pembangunan pesat dan kawasan perindustrian yang berpotensi mencemari sungai di negara ini, dan seterusnya mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memperbaiki keadaan kualiti alam sekeliling.
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia melaksanakan kerja-kerja memelihara dan pemulihan sungai, manakala Jabatan Alam Sekitar memainkan peranan memantau kualiti air sungai.
JPS sentiasa mengambil langkah-langkah berterusan dalam menangani isu pemcemaran sungai. Langkah-langkah yang telah diambil oleh jabatan adalah melalui kaedah struktur dan bukan struktur.
Pendekatan melalui langkah struktur yang dilaksanakan termasuklah pemasangan struktur perangkap sampah seperti log boom, trash rake, River Water Treatment Plant (RWTP), Infinitesimal Quantum Persistent Reflection (iQPR), effective microorganism (EM), solar aerator, floatable wetland, rock weir, Gross Pollutant Trap (GPT).
Langkah-langkah bukan struktur pula adalah melalui program kesedaran, promosi, kempen, pendidikan dan sebagainya. Contoh program yang telah dilaksanakan adalah Kempen Cintailah Sungai Kita, program 10 tahun pembersihan Sungai Kelang, Program Satu Negeri Satu Sungai, program
4
Sungai Nadi Kehidupan (River of Life, RoL), Open Classroom dan sebagainya.
Seterusnya, di dalam Rancangan Malaysia Ke-11, JPS telah menekankan elemen peningkatan kualiti air sungai tercemar di dalam projek-projek Rancangan Living River di seluruh negara.


Sekian, terima kasih.

Attachments