Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

21 November 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

35

Soalan

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah tambahan yang boleh diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan tragedi pencemaran air dan udara dari bauksit tidak berulang lagi memandangkan musim tengkujuh kini tiba dan dijangkakan banjir besar akan berlaku di Kuantan tahun ini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,




Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah mengenakan moratorium ke atas aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit di Negeri Pahang yang dijangka akan berakhir pada 31 Disember 2016. Dalam tempoh moratorium tersebut, aktiviti mengosongkan stockpile bauksit di dalam kawasan Pelabuhan Kuantan telah selesai dijalankan dan fasiliti-fasiliti di Pelabuhan Kuantan telah dibersih dan dinaiktaraf. Manakala, kerja-kerja untuk mengosongkan stockpile bauksit di luar kawasan pelabuhan bagi mengelakkan berlakunya pencemaran masih dijalankan.
NRE juga telah mengadakan siri engagement dan bengkel bersama pelbagai pihak yang terlibat bagi mengenal pasti serta merangka penambahbaikan terhadap semua peraturan, prosedur dan garis panduan yang berkaitan aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit secara lebih terperinci. Penambahbaikan tersebut akan meliputi aspek pengurusan di tapak perlombongan bauksit, pengangkutan dan penguatkuasaan, pengurusan di tapak stockpile dan pelabuhan serta prosedur pengeksportan bauksit.
Dalam hal ini, pemantauan secara berkala akan dipertingkatkan terutamanya pada musim tengkujuh bagi memastikan semua pengusaha mematuhi semua prosedur / garis panduan / perundangan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Melalui langkah-langkah yang telah diambil ini, Kementerian percaya pencemaran air dan udara daripada aktiviti bauksit di bandar Kuantan dapat ditangani.


Sekian, terima kasih.
Attachments