Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar Malaysia telah mewujudkan Pelan Tindakan Udara Bersih atau dengan izin “Clean Air Action Plan” bagi tempoh 2010 – 2020. Pelan ini telah menetapkan pelan dan strategik untuk meningkatkan kualiti udara di Malaysia. Antara perkara-perkara yang telah dilaksanakan adalah:
a. menetapkan dan melaksanakan spesifikasi kualiti bahan api petrol dan diesel yang lebih bersih, sepertimana yang telah dipersetujui dalam Majlis Ekonomi Negara pada 21 Ogos 2014, pelaksanaan peningkatan kualiti bahanapi di negara kita adalah seperti berikut:
i. petrol RON97 dengan spesifikasi EURO4M pada September 2015;
ii. petrol RON95 dengan spesifikasi EURO4M pada Oktober 2018;
iii. bahan api Diesel dengan spesifikasi EURO5 pada September 2020; dan
iv. bahan api Petrol dengan spesifikasi EURO5 pada September 2025.
b. mengetatkan had pelepasan pencemar ekzos yang dihasilkan daripada kenderaan bermotor;
c. mengetatkan standard kualiti bahan api yang digunapakai dalam peralatan pembakaran bahanapi dalam sektor industri;
d. mengetatkan nila batas atau dengan izin “limit value” bahan pencemar dengan kehendak pemantauan pelepasan gas-gas pencemar dari cerobong;
e. menggalakkan dan menyokong penggunaan, dengan izin “environmental-friendly fuel” seperti “biofuel”, “Compressed Natural Gas (CNG)”;
f. kempen “KL car free”; dan
g. kempen Hari Alam Sekitar Malaysia (HASM).
Sekian, terima kasih