Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

23 November 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

3

Soalan

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [Limbang] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilakah Kementerian akan melaksanakan “dredging” di kuala Sungai Limbang yang semakin tohor untuk mengatasi masalah banjir di bandar Limbang dan perkampungan di sepanjang Sungai Limbang semasa air pasang.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,




Bagi kerja-kerja pengorekan di Muara Sungai Limbang, kelulusan peruntukan RMKe-11 telah diperolehi sebanyak RM 10.0 juta. Projek ini telah mendapat kelulusan EIA daripada Natural Resources Environment Board Sarawak (NREB). Kementerian akan melaksanakan projek ini dengan segera.


Sekian, terima kasih.
Attachments