Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

23 November 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

45

Soalan

DR. NOOR AZMI BIN GHAZALI [ BAGAN SERAI ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah perkembangan usaha kearah matlamat pengurangan 30% karbon yang Malaysia janjikan di COP 21 dan adakah Langkawi bersedia menjadi inisiatif contoh kepada Majlis Perbandaran dan daerah lain.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Antara hasil utama Persidangan Ke-21 UNFCCC adalah Paris Agreement yang telah dipersetujui pada 12 Disember 2015. Malaysia telah menandatangani Paris Agreement pada 22 April 2016 di New York, Amerika Syarikat.
Antara tindakan susulan Paris Agreement yang perlu dilaksanakan adalah menyediakan pelan tindakan perubahan iklim jangka masa panjang yang dinamakan Nationally Determined Contributions (NDC) setiap 5 tahun sekali. NDC merupakan sumbangan negara kepada usaha global untuk menangani impak perubahan iklim bagi tempoh pasca-2020 di bawah Paris Agreement. Malaysia telah mengemukakan NDC pertamanya kepada UNFCCC pada 27 November 2015.
Melalui NDC tersebut, Malaysia berhasrat untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG sebanyak 45% berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) menjelang 2030 berasaskan intensiti pelepasan pada tahun 2005. Daripada keseluruhan sasaran pengurangan ini, 35% akan dilaksanakan tanpa syarat (unconditional) manakala baki 10% lagi adalah bersyarat (conditional) dan tertakluk kepada penerimaan peruntukan kewangan, pemindahan teknologi, dan pembangunan kapasiti daripada negara maju.
Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian dan Agensi di bawahnya telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) di bawah sektor-sektor utama GHG negara seperti sektor tenaga, pengangkutan, sisa pepejal, proses industri dan pertanian. Inisiatif-inisiatif ini secara langsung menyumbang kepada sasaran pengurangan intensiti pelepasan GHG di dalam NDC negara.
Berhubung dengan matlamat dan perancangan Kerajaan untuk menjadikan Langkawi sebagai pulau rendah karbon, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah melaksanakan kajian awal ‘Feasibility Study for The Development of Low Carbon Island Model For Langkawi Island’. Di dalam hubungan ini, sekiranya inisiatif Langkawi sebagai pulau rendah karbon dilaksanakan, maka ianya wajar menjadi contoh kepada negeri dan pihak berkuasa tempatan yang lain.


Sekian, terima kasih.

Attachments