Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

24 November 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

48

Soalan

Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [Langkawi] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan statistik terkini dan usaha pencegahan aktiviti pembuangan minyak yang tidak terurus ke dalam air serta tumpahan minyak dari kapal dan juga feri yang mampu menggangu ekosistem semulajadi.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Bermula pada tahun Januari 2016 sehingga hujung September 2016, terdapat sebanyak 13 kes pencemaran minyak di perairan negara yang telah dilaporkan kepada pihak Jabatan Alam Sekitar.
Sehubungan itu, dalam usaha menangani kes pencemaran minyak di perairan negara, Rancangan Kontingensi Kebangsaan Kawalan Tumpahan Minyak (RKKKTM) yang merupakan satu pelan tindakan kawalan tumpahan minyak akan digunapakai dalam melaksanakan pembersihan tumpahan minyak di laut. Di bawah rancangan ini, Jabatan Alam Sekitar bersama-sama 16 agensi kerajaan dan swasta yang lain akan melaksanakan pembersihan tumpahan minyak di laut melalui penyelarasan sumber logistik, tenaga kerja serta peralatan kawalan tumpahan minyak bagi meminumkan impak pencemaran minyak ke atas alam sekitar.
Untuk mengukuhkan lagi usaha pencegahan pencemaran minyak di perairan negara, Jabatan Alam Sekitar telah menyediakan draf Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pencemaran Minyak Dari Kapal Dan Instalasi Marin) 201X. Melalui peraturan ini, Jabatan Alam Sekitar akan memperkenalkan standard yang lebih ketat bagi setiap pelepasan minyak ke persekitaran marin dan dijangkakan akan dikuatkasakan pada tahun 2017.


Sekian. Terima kasih.

Attachments