Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

67

Soalan

Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [Parit] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah usaha yang akan diambil untuk memelihara dan memulihkan kualiti air sungai yang menjadi sumber bekalan kepada penduduk negara ini.
.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) melaksanakan kerja-kerja memelihara dan pemulihan sungai, manakala Jabatan Alam Sekitar (JAS) memainkan peranan memantau kualiti air sungai.
JPS sentiasa mengambil langkah-langkah berterusan dalam menangani isu pemcemaran sungai. Langkah-langkah yang telah diambil oleh jabatan adalah melalui kaedah struktur dan bukan struktur.
Pendekatan melalui langkah struktur yang dilaksanakan termasuklah pemasangan struktur perangkap sampah seperti log boom, trash rake, River Water Treatment Plant (RWTP), Infinitesimal Quantum Persistent Reflection (iQPR), effective microorganism (EM), solar aerator, floatable wetland, rock weir, Gross Pollutant Trap (GPT).
Langkah-langkah bukan struktur pula adalah melalui program kesedaran, promosi, kempen, pendidikan dan sebagainya. Contoh program yang telah dilaksanakan adalah Kempen Cintailah Sungai Kita, program 10 tahun pembersihan Sungai Kelang, Program Satu Negeri Satu Sungai, program Sungai Nadi Kehidupan (River of Life, RoL), Open Classroom dan sebagainya.
Seterusnya, Kementerian kini dalam proses Pengubalan Rang Undang-Undang Sumber Air Negara (RUU SAN) sebagai usaha kementerian dalam melengkapkan dan mengukuhkan penguatkuasaan kawalan
pencemaran dari segi perundangan dan ini dilihat akan membawa kepada pembangunan Negara yang mapan di mana wujudnya sungai yang bersih, air yang mencukupi, selamat serta persekitaran yang kondusif untuk kehidupan rakyat.


Sekian, terima kasih.
Attachments