Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

117

Soalan

Tuan Khoo Soo Seang [Tebrau] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan laporan terkini mengenai Biochemical Oxygen Demand (BOD) sungai di seluruh Negara dan pencapaian penguatkuasaan yang telah diambil oleh Kementerian bagi memastikan sumber air serta tadahan terpelihara.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar sentiasa memantau kualiti air sungai di seluruh Negara setiap tahun. Pada tahun 2015, sejumlah 349 atau 73 peratus daripada 477 sungai yang diawasi telah menunjukkan kandungan Biochemical Oxygen Demand (BOD) yang tinggi pada tahap tercemar sehingga melebihi 6 miligram per liter (mg/l) atau Kelas III, National Water Quality Standards Malaysia (NWQSM). Antara sungai-sungai yang menunjukkan kandungan BOD yang sangat tinggi iaitu melebihi Kelas V (NWQSM) ialah Sungai Semenchu, Sungai Buluh, Sungai Tukang Batu, Sungai Ayer Merah, Sungai Rambah, Sungai Sengkuang, Sungai Sebulung dan Sungai Tampoi di Negeri Johor, manakala di Negeri Pulau Pinang pula adalah Sungai Jelutong dan Sungai Rambai.
Umumnya, kandungan BOD yang tinggi dalam air sungai adalah disebabkan oleh pelepasan bahan buangan organik mudah daripada pelbagai punca sama ada daripada industri mahu pun sisa buangan daripada aktiviti komersil dan domestik. Ini termasuklah air basuhan daripada pasar basah, premis-premis makanan dan kumbahan.
Berdasarkan rekod tahun 2015, Jabatan Alam Sekitar berjaya menjalankan sejumlah 12,613 pemeriksaan ke atas industri yang melepaskan efluen ke alur air atau sungai. Keseluruhan pematuhan bagi industri tersebut adalah melebihi 97%.
Sejumlah 154 kes telah dibicarakan bagi kesalahan berkaitan dengan pelepasan efluen atau kumbahan ke alur air dengan jumlah kutipan denda denda sebanyak RM 2,667,800.00. Selain daripada kes pendakwaan, sejumlah 428 tawaran kompaun turut dikeluarkan dengan nilai maksimum RM 2000 setiap satu.


Sekian, terima kasih.

Attachments