Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

219

Soalan

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan status kualiti air Teluk Batik di daerah Manjung, Perak sebagai tempat berenang dan aktiviti laut.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Berdasarkan pemantauan kualiti air marin yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar daripada tahun 2012 sehingga tahun 2015, adalah didapati kualiti air marin di kawasan pantai Teluk Batik, Manjung, Perak mematuhi standard piawaian Kelas 2 bagi kawasan rekreasi sepertimana yang ditetapkan di dalam Jadual Kriteria dan Piawaian Kualiti Air Marin Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Oleh yang demikian, Pantai Teluk Batik sesuai untuk kegunaan aktiviti air yang melibatkan sentuhan (body contact) dengan air berkenaan seperti berenang dan lain-lain aktiviti.


Sekian, terima kasih.

Attachments