Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

226

Soalan

Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-
(a) bacaan purata kualiti udara berdasarkan ukuran PM2.5 dan PM10 di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar di Malaysia bagi 5 tahun yang lalu; dan
(b) apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan bahan cemar yang terbukti penyebab kanser paru-paru, penyakit jantung dan strok.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Berdasarkan Environmental Quality Report (EQR) 2015 yang telah diterbitkan oleh Jabatan Alam Sekitar, didapati bahawa bacaan purata kualiti udara berdasarkan ukuran PM10 di bandar-bandar besar di Malaysia bagi tempoh 2011 hingga 2014 adalah di bawah standard Garis Panduan Kualiti Udara Ambien Malaysia bagi bahan pencemar PM10 (tahunan) iaitu 50 μg/m3. Walau bagaimanapun, pada tahun 2015, bacaan purata kepekatan PM10 didapati melebihi standard Garis Panduan Kualiti Udara Ambien Malaysia berikutan berlakunya episod jerebu merentas sempadan yang berlarutan melebihi 2 bulan. Di samping itu, pengukuran bagi bahan pencemar PM2.5 akan bermula pada tahun 2017 dengan merangkumi 65 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh Malaysia.
Bagi mengurangkan pencemaran udara termasuk pencemar udara PM10, Kerajaan telah menggubal dan melaksanakan Pelan Tindakan Udara Bersih Negara. Pelan ini merangkumi tindakan pencegahan dan kawalan bagi 5 sektor utama iaitu:-
(i) Kawalan ke atas pelepasan daripada industri;
(ii) Kawalan ke atas pelepasan daripada kenderaan bermotor;
(iii) Kawalan ke atas aktiviti pembakaran terbuka dan jerebu;
(iv) Peningkatan keupayaan dalam teknologi kawalan pencemaran: dan
(v) Pemerkasaan program-program kesedaran dan pendidikan dalam pengurusan kualiti udara bersih.


Sekian, terima kasih.

Attachments