Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

235

Soalan

Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilangan kawasan yang dikenalpasti melakukan pembakaran sampah haram secara terbuka di kawasan Parlimen Puchong dan langkah-langkah yang telah dan bakal diambil bagi menghentikan kejadian ini khususnya di kawasan Bukit Serdang bersebelahan lebuhraya MEX dan juga di kawasan berhampiran Kampung Sri Aman/ Taman Putra Prima Puchong.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Sepanjang tahun 2016 terdapat empat (4) kawasan yang dikenal pasti menjadi lokasi pembakaran sampah haram di kawasan Parlimen Puchong dan diadu kepada Jabatan Alam Sekitar seperti berikut:
i. Tapak sampah haram di Jalan TPP5/1, Taman Perindustrian
Puchong;
ii. Sebelah Badminton Court, Kg Seri Aman Puchong;
iii. Taman Putera Prima Puchong; dan
iv. Tapak sampah tepi MEX Highway, Seri Kembangan
Semua lokasi pembakaran sampah haram tersebut berlaku di atas tanah milik kerajaan maka Jabatan Alam Sekitar telah memanjangkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Pejabat Daerah/Tanah Petaling untuk tindakan lanjut di bawah bidang kuasa agensi berkenaan. Kebakaran yang berlaku telah diambil tindakan pemadaman oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat sementara Majlis Perbandaran Subang Jaya membuat halangan masuk ke tapak berkenaan. Di samping itu, Jabatan Alam Sekitar menjalankan pemantauan secara berterusan supaya pembakaran secara terbuka dapat dielakkan.


Sekian, terima kasih

Attachments