Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

337

Soalan

Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah efektif Kerajaan untuk mengurangkan dan menyelesaikan fenomena banjir kilat yang menimpa negara kita secara tidak menentu.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Dalam menangani masalah banjir kilat di seluruh negara, Kementerian melalui JPS telah menyiapkan Kajian Komprehensif Penyelesaian Jangka Panjang Memerangi Banjir Kilat pada tahun 2013. Sebanyak 102 zon banjir kilat kritikal di seluruh negara telahpun dikenalpasti. Kajian tersebut menyarankan langkah-langkah terbahagi kepada dua pendekatan iaitu penyelesaian secara struktur dan bukan struktur seperti berikut:
a) Pendekatan secara struktur:
i) Melaksanakan kerja-kerja pembinaan infrastruktur kawalan. Bagi mengatasi punca disebabkan oleh fenomena diluar kawalan ini, Kementerian mengesyorkan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) digunapakai secara menyeluruh kerana manual ini diperkenalkan dengan hasrat kawalan di punca bagi mengurangkan impak pertambahan jumlah air larian selepas pembangunan dilaksanakan seperti keutamaan pembinaan kolam tadahan; dan
ii) Menjalankan program pengendalian dan penyelenggaraan (O&M) yang berkesan dengan peruntukan khas Geran Tahunan Penyelenggaraan (tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat yang berkaitan).
3
b) Pendekatan bukan struktur
i) Menjalankan Program “Public Outreach” dan Kempen Kesedaran Alam Sekitar di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar masyarakat berdisiplin terhadap kebersihan bandar demi mengelakkan longkang dan parit tersumbat;
ii) Menyediakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam dan Rekabentuk Terperinci mengikut garis panduan MSMA untuk diserah kepada pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan PBT (memandangkan tanggungjawab melaksana penyediaan atau menaiktaraf sistem saliran bandar adalah dibawah fungsi dan tanggung jawab Kerajaan Tempatan);
iii) Memantau pematuhan garis panduan MSMA di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (KPKT/JKT/PBT) – kawalan di punca;
iv) Menguatkuasa dengan lebih tegas pengawalan hakisan dan kelodak semasa kerja-kerja tanah, fasa pembinaan untuk mengurangkan hakisan tanah, mengelak pemendapan, banjir kilat dan aliran lumpur (dengan kerjasama KPKT/JKT/PBT dan JAS); dan
v) Melaksana perancangan pembangunan dan zon guna-tanah yang lebih teratur (dengan kerjasama KPKT/JKT/PBT dan JPBD).


Sekian, terima kasih.
Attachments