Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

345

Soalan

Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilakah projek tebatan banjir di Kelantan khususnya di sepanjang Sungai Golok akan dilaksanakan dan nyatakan maklumat terperinci mengenai projek ini. Bilakah projek tebatan banjir di Kelantan khususnya di sepanjang Sungai Golok akan dilaksanakan dan nyatakan maklumat terperinci mengenai projek ini.

Jawapan

Tuan Yang Dipertua,
Kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di dalam RMKe-11 telah meluluskan sebanyak RM300 juta untuk Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1 dan RM572 juta pula bagi PLSB Sungai Kelantan Fasa 1 di Negeri Kelantan yang turut mengandungi komponen tebatan banjir dan pengerukan muara sungai selain struktur perlindungan pantai. Kerja-kerja pengukuran tanah bagi proses pengambilan tanah sedang dijalankan dan kerja-kerja fizikal dijangka akan mula dilaksanakan pada suku ketiga tahun 2017.
Sekian, terima kasih

Attachments