Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

355

Soalan

TUAN AHMAD MARZUK BIN SHAARY [Bachok] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan 10 kawasan paling terancam alam sekitarnya serta usaha yang telah dibuat.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Pihak kerajaan telah mengenalpasti kawasan-kawasan yang perlu dilindungi daripada pencemaran marin melalui pengkelasan sebagai kawasan sensitif alam sekitar. Antara kawasan-kawasan yang dikenalpasti sering berlaku kejadian pencemaran minyak adalah kawasan yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia, terutamanya kawasan yang berhampiran dengan Pelabuhan Singapura serta kawasan perairan timur Semenanjung Malaysia terutamanya kawasan perairan di negeri Pahang dan negeri Terengganu.
Berdasarkan rekod Jabatan Alam Sekitar, perairan negeri Pahang dan Terengganu mengalami pencemaran berulang yang melibatkan tarball, terutamanya pada bulan Januari sehingga Mac. Ini disebabkan oleh aktiviti perkapalan oleh kapal-kapal dagang yang melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan yang meningkatkan risiko tumpahan minyak di kawasan tersebut.
Antara usaha yang telah dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar adalah melalui kerjasama dengan agensi-agensi Negeri serta pihak-pihak yang berkepentingan melalui pembersihan pantai-pantai yang dicemari dengan minyak atau “tarball” serta telah dilupuskan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
3
Jabatan Alam Sekitar juga bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan maritim seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Laut Malaysia dalam melaksanakan penguatkuasaan marin secara berkala.


Sekian, terima kasih.

Attachments