Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

396

Soalan

Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-
(a) adakah SOP bagi moratorium aktiviti bauksit yang dijanjikan telah digunapakai; dan
(b) senarai 38 buah syarikat atau individu yang telah diberikan AP Khas untuk mengeksport bauksit.
SOALAN NO. : 396

Jawapan

Pertua,
(a) Sepanjang tempoh pengenaan moratorium berkuatkuasa mulai 15 Januari 2016, NRE telah mewujudkan beberapa SOP bagi mengawalselia aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit. Di antara SOP yang telah diwujudkan dan digunapakai adalah yang menyentuh aktiviti-aktiviti berikut:
i. pengurusan di tapak perlombongan bauksit
ii. pengangkutan dan penguatkuasaan
iii. pengurusan di tapak stockpile dan pelabuhan; dan
iv. prosedur pengeksportan bauksit.
(b) Kenyataan YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 7 September 2016 merujuk kepada 38 AP Khas yang telah dikeluarkan oleh NRE dan bukanlah bilangan syarikat. Berikut adalah senarai terkini syarikat yang menerima AP khas bagi mengeksport bauksit:
BIL.
SYARIKAT
1.
Cheroh Mining Sdn Bhd
2.
AI Leveres Sdn Bhd
3.
Fazwa Enterprise
4.
Fahad Holdings Sdn Bhd
5.
Maju Rakyat Logistics Sdn Bhd
6.
Sinar Tani Sdn Bhd
7.
Good Man Venture Sdn Bhd
8.
Shandong Mineral Sdn Bhd
BIL.
SYARIKAT
9.
Gebeng Mining Sdn Bhd
10.
Miva Bina Consult Sdn Bhd
11.
Heng Hiap Metal
12.
Powerus Sdn Bhd
13.
Asyadihan Trading Sdn Bhd
14.
Dynasty Mineral Sdn Bhd
15.
Serijaya Kristal Sdn Bhd
16.
Golden Prosperous Resources Sdn Bhd
17.
Multi Metal Resources Sdn Bhd
18.
SE Satu Pelangi Sdn Bhd
19.
Saffron Alcove Sdn Bhd
20.
Salam Delima Sdn Bhd
21.
Asia Power Mining Sdn Bhd
22.
Kreatif Selaras Mining Sdn Bhd
23.
Sincere Pacific Mining (M) Sdn Bhd
24.
WM Mining Industries Sdn Bhd
 Sekian, terima kasih.

Attachments