Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

397

Soalan

YB. TUAN HAJI NASRUDIN BIN HASSAN [ TEMERLOH ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-
(i) langkah kerajaan pusat bagi mengawasi aktiviti pembalakan di negeri Pahang; dan
(ii) jumlah Hutan Simpan Kekal (HSK) yang telah dikeluarkan dari gazet sejak 2013 hingga Jun 2016.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa perkara-perkara berkaitan tanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Kuasa Eksekutif Kerajaan Persekutuan hanya dalam hal-ehwal berkaitan latihan, kajian serta nasihat teknikal yang mana ianya di pertanggungjawabkan kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bagi tujuan pelaksanaannya.
Pengurusan Hutan Simpanan Kekal (HSK) hutan di Semenanjung dilaksanakan sepenuhnya oleh Jabatan Perhutanan mengikut peruntukan dan peraturan yang terkandung dalam Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] dan Enakmen Negeri yang berkaitan serta Kaedah-Kaedah Hutan dan Peraturan-Peraturan Hutan yang sedang berkuat kuasa.
Bagi menyelaras pendekatan secara bersepadu dan pelaksanaan dasar cross-sectoral dalam sektor perhutanan, Majlis Tanah Negara telah ditubuhkan sebagai satu platform rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi membincangkan mengenai dasar dan perundangan untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah bagi perkara-perkara berkaitan pentadbiran tanah, isu-isu perlombongan dan perhutanan.
Pembalakan di negeri-negeri dikawal melalui Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang merupakan keluasan hutan pengeluaran di dalam Hutan HSK
yang boleh diusahasilkan dalam tempoh sesuatu Rancangan Malaysia. CTT ditetapkan oleh MTN dengan tujuan untuk memastikan perancangan pengurusan hutan yang teratur dan berkesan bagi mengimbangi kadar pengusahasilan dengan keluasan hutan pengeluaran dalam HSK semasa, sejajar dengan konsep pengurusan hutan secara berkekalan (SFM) dan pengusahasilan hutan yang optimum. CTT bagi Negeri Pahang bagi RMKe-11 adalah sebanyak 13,687 ha.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, daripada tahun 2013 hingga 2015, kawasan HSK seluas 27,950 ha telah diwarta keluar oleh kerajaan negeri untuk pelbagai tujuan.


Sekian, terima kasih

Attachments