Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

412

Soalan

YB. DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD [ KOTA RAJA ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah hutan simpan seluruh negara dan pecahannya mengikut negeri.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,
Sehingga Disember 2014 kawasan berhutan di Malaysia merangkumi 18.27 juta hektar atau 55.32% daripada jumlah keluasan tanah negara seluas 33.018 juta hektar. Daripada jumlah ini, seluas 12.9 juta hektar telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal dan 1.45 juta hektar sebagai kawasan perlindungan. Kawasan HSK ini diurus melalui amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan untuk kepentingan ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Jumlah keluasan Hutan Simpanan Kekal yang masih ada serta peratusan hutan mengikut keluasan negeri-negeri adalah seperti Jadual 1 berikut:
Jadual 1: Kawasan Berhutan di Malaysia pada Tahun 2014 Bil. Negeri Kawasan Berhutan* Kawasan Hutan Simpanan Kekal Kawasan Perlindungan** Luas (hektar) % Luas (hektar) % Luas (hektar) %
1.
Johor
466,768.20
24.55
432,184.20
22.73
325
0.02
2.
Kedah
342,431.14
36.33
341,976.00
36.28
-
-
3.
Kelantan
812,196.00
53.77
623,849.00
41.30
103,082
6.82
4.
Melaka
5,398.81
3.27
5,093.38
3.08
20
0.01
5.
Negeri Sembilan
158,416.30
23.80
155,824.81
23.41
24
0.004
6.
Pahang
2,068,081.97
57.50
1,562,900.05
43.46
399,740
11.11
7.
Perak
1,022,274.16
48.63
999,966.76
47.57
3,161
0.15
8.
Perlis
11,532.09
14.51
10,799.13
13.58
68
0.09
Bil. Negeri Kawasan Berhutan* Kawasan Hutan Simpanan Kekal Kawasan Perlindungan** Luas (hektar) % Luas (hektar) % Luas (hektar) %
9.
Pulau Pinang
7,760.93
7.53
6,059.93
5.88
1,182
1.15
10.
Selangor
250,859.77
31.63
250,128.71
31.54
-
-
11.
Terengganu
655,443.58
50.59
544,936.58
42.06
77,507
5.98
12.
WP Kuala Lumpur
2,049.38
7.02
68.27
0.23
-
- Jumlah Semenanjung 5,803,212.33 44.03 4,933,786.82 37.43 585,109 4.44
13.
Sabah
4,429,000.00
60.20
3,614,730.55
49.09
274, 269.50
3.72
14.
Sarawak
8,034,208.00
64.89
4,352,823.00
35.15
594,626.00
4.80 JUMLAH KESELURUHAN 18,266,420 55.32 12,901,340.37 39.07 1,454,005 4.40
Nota: *Termasuk Hutan Tanah Kerajaan, Taman Negara, Taman Negeri, Sanktuari Hidupan Liar, Kawasan Perlindungan dan lain-lain kawasan berhutan.
**Termasuk Taman Negara dan Taman Negeri, Sanktuari Hidupan Liar dan Burung dan lain-lain Kawasan Perlindungan.
Sumber: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak.
Sekian, terima kasih.
Attachments