Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

422

Soalan

Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan senarai sungai-sungai yang tercemar dan berjaya dipulihkan setakat ini. Nyatakan kos memulihkan sungai-sungai tersebut.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, telah berjaya memulihkan sungai-sungai yang tercemar di bawah program satu negeri satu sungai (1S1R). Sungai-sungai tersebut adalah Sg. Kinta, Perak dan Sg.Papar, Sabah.
Program 1S1R ini juga dilaksanakan di semua negeri bagi meneruskan usaha dalam pemeliharaan dan pemuliharaan sungai-sungai di Malaysia khususnya di kawasan bandar bagi setiap negeri adalah seperti berikut dan kos keseluruhan adalah RM57.5 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-10;
Bil.
Negeri
Sungai
Panjang
Sungai Yang Dipulihkan
(Km)
1.
Perlis
Sg. Perlis
9.5
2.
Kedah
Sg. Petani
12
3.
Pulau Pinang
Sg. Pinang
3.1
4.
Perak
Sg. Kinta
20
5.
Selangor/KL
Sg. Penchala
12
6.
N.Sembilan
Sg. Temiang
9
7.
Melaka
Sg. Melaka
39
8.
Johor
Sg. Skudai
52.8
9.
Kelantan
Sg. Pengkalan Chepa
10
10.
Terengganu
Sg. Hiliran
5.5
11.
Pahang
Sg. Galing
7
12.
Sabah
Sg.Papar
45
13.
Sarawak
Sg. Miri
60
Sg. Bintangor
0.63
Sekian, terima kasih.
Attachments