Tuan Yang di-Pertua,
a) Syarat-syarat penting perjanjian konsesi merangkumi perkara-perkara berkaitan urustadbir konsesi, hak-hak kedua-dua belah pihak, kewangan dan skop teknikal.
(b) Untuk makluman, peralatan PM10 tidak ditukar kepada PM2.5. Peralatan bagi mengukur paras PM2.5 ditambah ke dalam program pengawasan kualiti udara JAS. Secara umumnya, pada masa ini kos bagi satu unit peralatan mengukur PM2.5 adalah melebihi RM80,000.00 dan kos yang sebenar adalah tertakluk kepada spesifikasi teknikal sesuatu alat dan kadar penukaran mata wang semasa.
Sekian, terima kasih