Tuan Yang di-Pertua,
Buangan elektrik atau elektronik (e-waste) adalah tersenarai di dalam Jadual Pertama Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan diklasifikasikan sebagai buangan terjadual dan hendaklah diuruskan mengikut peraturan yang sama.
Di Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan sebanyak 129 lesen di seluruh negara untuk mengendalikan e-waste bagi memastikan ianya diurus dengan sempurna. Dari keseluruhan jumlah lesen yang dikeluarkan, 32 lesen adalah merupakan kemudahan pemerolehan kembali penuh manakala selebihnya 97 adalah lesen kemudahan pemerolehan kembali separa.
Sekian, terima kasih.