Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

05 December 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

11

Soalan

Datuk Koh Chin Han minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bukankah perbuatan membuang sisa-sisa ke dalam sungai atau sumber air sepatutnya dianggap sebagai jenayah dan bukan dikenakan penalti sahaja.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,




Sesuatu kesalahan yang di lakukan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 adalah merupakan satu kesalahan jenayah kerana Akta ini memperuntukkan hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali bagi setiap kesalahan yang disabitkan. Oleh yang demikian perbuatan membuang sisa-sisa ke dalam sungai atau sumber air sememangnya suatu kesalahan jenayah dan boleh dikenakan penalti atau penjara atau kedua-duanya sekali.
Misalnya bagi kesalahan melepaskan efluen perindustrian melebihi had ditetapkan ke perairan pedalaman seperti sungai, boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dengan hukuman denda tidak lebih dari RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih dari 5 tahun atau kedua-duanya sekali disamping denda tambahan tidak lebih daripada RM 1000.00 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan
Manakala bagi kesalahan melepaskan buangan terjadual ke perairan pedalaman,Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkan hukuman penjara (mandatori) selama tempoh tidak lebih 5 tahun dan hendaklah didenda tidak melebihi RM 500,000.00.




Sekian, terima kasih.

Attachments