Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

05 December 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

13

Soalan

Puan Hajah Azizah binti Harun minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Kementerian dalam memerangi pihak yang tidak bertanggungjawab yang menebang dan mengambil (secara haram) kayu kayan dari hutan paya bakau di seluruh negara. Adakah Kementerian akan mengisytiharkan perang ("war") sepertimana yang pernah dibuat oleh Kementerian dalam memerangi pencuri kayu gaharu di hutan-hutan Malaysia.

Jawapan



JAWAPAN


Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia sentiasa komited dalam usaha menangani pembalakan haram termasuk di kawasan hutan paya laut. Oleh yang demikian, aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan sentiasa dilaksanakan bagi menangani kegiatan pencerobohan dan penerokaan kawasan serta kecurian kayu jaras bakau di dalam kawasan Hutan Paya Laut sama seperti usaha-usaha yang dilaksanakan dalam menangani masalah pencerobohan dan kecurian kayu gaharu.
Di antara langkah-langkah yang dilaksanakan adalah:
i. Melaksanakan aktiviti-aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan secara bersama dengan jabatan/agensi berkaitan melalui program 1 Malaysian Biodiversity Enforcement Network (1MBEON) di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy – NBOS) bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM);
ii. Menggerakkan flying squad dan memantapkan Pasukan Khas Penguatkuasaan dikenali sebagai Pasukan Elit JPSM (JET) yang beroperasi secara berpusat di bawah penyelarasan Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia;
iii. Penggunaan teknologi bersepadu seperti Forest Monitoring Using Remote Sensing (FMRS), Unmanned Aerial Vehicle (UAV) atau
3
lebih dikenali sebagai drone dan sistem Geographical Information System (GIS) untuk mengesan dan mengenal pasti perubahan kawasan hutan paya laut; dan
iv. Menjalankan kempen dan program kesedaran kepentingan memelihara hutan paya laut dari masa ke semasa dengan mengadakan aktiviti seperti ceramah, taklimat dan penanaman pokok bakau melibatkan orang awam, pelajar sekolah dan pihak NGO’s.


Sekian, terima kasih.

Attachments