Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

05 December 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

70

Soalan

Datuk Hajah Norahan binti Abu Bakar minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan status dan rancangan komprehensif bagi projek pendalaman sungai di Pahang bagi mengelakkan banjir dan mengurangkan limpahan air sungai khususnya melimpah ke atas jalan raya.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Bagi Negeri Pahang, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia di bawah RMKe-11 akan melaksanakan 2 projek yang mempunyai komponen pendalaman sungai iaitu:
i) Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sg. Kuantan Fasa II, Kuantan Pahang Darul Makmur
ii) Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sg. Semantan, Temerloh Fasa I, Pahang Darul Makmur
Projek PLSB Sg. Kuantan Fasa II terbahagi kepada 4 pakej yang mana Pakej 1 dijangka akan ditender pada Mac 2017 manakala Pakej 2, 3 dan 4 serta PLSB Sg. Semantan masih lagi dalam proses reka bentuk terperinci.


Sekian, terima kasih.

Attachments