Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

07 December 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

18

Soalan

Dato' Haji Mohd. Salim bin Sharif minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah pihak Kementerian terhadap pemuliharaan kawasan pesisiran pantai khususnya pangkalan kawasan paya bakau.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Inisiatif Kerajaan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan pesisiran pantai khususnya penanaman pokok bakau telah dipertingkatkan pada tahun 2005 selepas kejadian tsunami yang melanda beberapa negeri di Malaysia pada 26 Disember 2004 melalui Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara. Ia telah mula dilaksanakan pada 7 Februari 2005 ia merupakan program nasional jangka panjang bagi pemuliharaan pesisiran pantai. Pelaksanaan Program ini turut melibatkan penyertaan dan kerjasama yang padu dan strategik daripada semua pihak iaitu pihak Kerajaan, sektor swasta, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), institusi-institusi penyelidikan dan masyarakat awam. Sejak tahun 2015 sehingga kini, keseluruhan kawasan pesisiran pantai yang telah ditanam dengan pokok bakau adalah seluas 2,702.98 hektar yang melibatkan sebanyak 6,481,189 pokok di seluruh Malaysia.
Selain daripada itu, menyedari akan kepentingan Hutan Paya Laut sebagai pelindung pesisiran pantai, Mesyuarat Ke-70 Majlis Tanah Negara pada tahun 2014 telah membuat keputusan supaya kawasan Hutan Paya Laut sedia ada dikekalkan dan keluasan kawasan Hutan Simpanan Kekal ditingkatkan melalui pewartaan Hutan Paya Laut dalam Tanah Kerajaan.


Sekian, terima kasih.

Attachments