Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

21 December 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

34

Soalan

Datuk Hamzah bin Mohd Kasim minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapa jumlah hektar Tanah Simpanan Melayu yang telah diambil dan diganti semula di seluruh negara.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Berhubung dengan persoalan yang dibangkitkan berkenaan tanah rizab Melayu, urusan tanah rizab Melayu terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri seperti dalam butiran 2(b) Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Ini selaras dengan pembahagian bidang kuasa perundangan yang ditetapkan dalam Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu, maklumat terperinci berhubung pembatalan dan penggantian semula tanah rizab Melayu bagi negeri-negeri lebih sesuai dibangkitkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang berkenaan.


Sekian, terima kasih.

Attachments