Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

07 December 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

26

Soalan

Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah usaha yang telah dan sedang diambil oleh Kerajaan dalam memastikan negara kita bebas daripada musibah banjir akibat masalah perparitan dan sungai serta berapa lamakah tempoh masa serta bantuan kewangan yang diperlukan bagi mencapai matlamat ini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) telah mengambil langkah-langkah bagi mencegah berlakunya banjir akibat masalah perparitan dan sungai seperti berikut:- 1. Penyediaan Pelan Induk Tebatan Banjir atau Pelan Induk Saliran Bandar untuk digunapakai dan dijadikan panduan oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk semua jenis pembangunan; 2. Menaiktaraf dan melaksanakan infrastruktur tebatan banjir seperti sistem saliran, lencongan, kolam-kolam takungan dan empangan tebatan banjir; 3. Melaksanakan langkah bukan struktur seperti sistem amaran awal banjir termasuk infrastruktur rangkaian sistem telemetri hujan dan aras air, siren dan papan amaran banjir untuk menyebarkan amaran awal banjir supaya rakyat yang tinggal di kawasan banjir boleh bersedia dan pengurusan bantuan bencana banjir dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan; dan 4. Menguatkuasa perundangan pembangunan melalui persetujuan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhadap pematuhan bagi Garis Panduan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) yang disediakan oleh JPS.
Selain daripada itu, di dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020), Kerajaan Persekutuan melalui NRE telah memperuntukkan sebanyak RM7.8 billion kepada JPS untuk melaksanakan projek-projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) mengatasi masalah banjir di seluruh negara.


Sekian, terima kasih.

Attachments