Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

19 December 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Mineral & Geosains

Nombor Soalan

80

Soalan

Datuk Lihan Jok minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah dan lokasi simpanan arang batu di Sarawak dan apakah polisi Kerajaan berhubung dengan arang batu.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Sehingga kini di Negeri Sarawak terdapat 12 lokasi yang telah dikenalpasti mempunyai potensi deposit arang batu di mana enam (6) lokasi telah ditaksirkan mempunyai simpanan arang batu seperti berikut: Bil Lokasi Simpanan (juta tan metrik)
1.
Silantek, Sri Aman
54.00
2.
Merit-Pila, Kapit
385.00
3.
Sungai Kemena, Bintulu
20.00
4.
Balingian, Mukah
806.00
5.
Tutoh, Miri
203.00
6.
Tunoh, Miri
34.00
Jumlah
1502.00


Manakala enam (6) lagi kawasan yang belum dikenalpasti simpanan arang batunya adalah seperti berikut:
1. Simunjan (Gunung Ngili), Samarahan;
2. Plieran, Kapit;
3. Puneng Brayong, Limbang;
4. Hose Mountains, Kapit;
5. Melikin, Serian; dan
6. Bario, Miri.


Pada ketika ini, kawalselia aktiviti perlombongan arang batu adalah terletak di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994 (APM) di mana pihak JMG akan mengeluarkan surat kelulusan skim pengendalian melombong bagi memastikan keselamatan pekerja dilindungi dan alam sekitar terpelihara. Dalam pada itu, pengeskportan arang batu tidak memerlukan sebarang lesen eksport (AP).
Manakala Pihak Berkuasa Negeri Sarawak pula telah menetapkan dasar bagi mengawal pengeksportan arang batu dengan memberikan keutamaan untuk kegunaan tempatan sebagai sumber menjana elektrik di dalam negeri berkenaan. Jika pihak pelombong hendak mengeksport arang batu, mereka perlulah mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu. Keperluan kelulusan ini merupakan salah satu syarat dalam setiap Sijil Lombong (Mining Certificate) / Pajakan Lombong (Mining Lease) / Lesen Melombong Tuan Punya (Proprietary Mining Licence) yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.


Sekian, terima kasih.

Attachments