Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

08 December 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

27

Soalan

Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tahap keberkesanan Kerajaan dalam melindungi hutan tadahan air negara daripada kegiatan pembalakan dan pembukaan hutan tidak terkawal yang akan memberikan kesan yang serius kepada bekalan air negara.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Pada masa ini, seluas 734,731 hektar (14.89%) daripada 4.93 juta hektar keluasan Hutan Simpanan Kekal telah diwartakan sebagai Hutan Tadahan Air di Semenanjung Malaysia di bawah Seksyen 10(1)(e) Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313). Kawasan hutan tadahan air ini merupakan Hutan Perlindungan di mana aktiviti pembalakan tidak dibenarkan.
Di antara langkah-langkah kerajaan dalam usaha mengawal dan menjaga kawasan tadahan air adalah:
(i) Menyediakan Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kawasan Hutan Tadahan Air yang menggariskan kriteria pemilihan, penubuhan dan pengurusan kawasan Hutan Tadahan Air selaras dengan kegunaan kelas fungsi hutan tersebut bagi memastikan kawasan hutan berkenaan diuruskan dengan sebaik mungkin;
(ii) Menetapkan kelebaran zon penampan kawasan pembangunan hendaklah sekurang-sekurangnya 100 meter dari kawasan tadahan air; dan
(iii) Membuat pemantauan secara berkala di lapangan bagi memastikan tiada pencerobohan berlaku di dalam kawasan Hutan tadahan Air.


Sekian, terima kasih.

Attachments