Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

13 December 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

27

Soalan

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bagaimanakah Kementerian mengambil satu ketetapan atau polisi baru mengenai syarat-syarat statutori operasi dan aktiviti pekerjaan atau perusahaan di hulu-hulu sungai dan dasar pembangunan yang melibatkan kawasan dalam lingkungan sumber air mentah agar kes-kes pencemaran sumber air bagi kegunaan Loji Rawatan Air dipelihara dengan cekap dan selamat.

Jawapan

​Tuan yang di - Pertua

Antara polisi dan usaha-usaha Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mencegah dan mengawal pencemaran yang melibatkan kawasan lingkungan sumber air mentah yang akan menjejaskan sumber air termasuklah menghadkan penempatan industri yang mempunyai potensi pelepasan efluen dan yang mencemar ke dalam lingkungan sumber air semasa di peringkat ”kebenaran merancang” oleh pihak berkuasa tempatan. Selain itu juga, penetapan had piawaian yang lebih ketat dikenakan kepada mana-mana industri ataupun projek pembangunan di bawah kawalan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 yang berada dalam linkungan sumber air.


Semasa di peringkat operasi pula pemeriksaan susulan di lapangan dilakukan bagi menentusahkan pelaporan yang dikemukakan. Tindakan penguatkuasaan seperti amaran bertulis di lapangan (field citation), Notis Arahan, tawaran kompaun, penyitaan peralatan, perintah larangan operasi atau tindakan mahkamah akan dikenakan ke atas mana-mana punca yang didapati tidak patuh. Bagi kawalan di pihak industri pula pelaksanaan aktiviti kawalan kendiri dipertingkatkan melalui pematuhan kepada Peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Di peringkat tertinggi di bawah Kementerian, terdapat forum bagi Mesyuarat Pengurusan Sumber Air Negara yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian dan semua agensi berkaitan bekalan air merupakan ahli kepada mesyuarat ini. Selain itu juga, pihak Kementerian melalui JAS turut menjadi ahli kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Air Minuman yang turut disertai oleh Kementerian Kesihatan dan juga agensi bekalan air. Kedua-dua platform ini turut membincangkan isu-isu berkaitan dengan sumber air serta memantau dan memastikan penyaluran air minuman kepada orang awam dibekalkan mengikut standard yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization,WHO).


Sekian. Terima kasih.
Attachments