Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

20 December 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

11

Soalan

Dr. Zaiedi bin Haji Suhaili minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengenai plan tebatan banjir yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat, jangka sederhana dan jangka panjang untuk kawasan kerap banjir di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara, Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Majlis Perbandaran Padawan, Majlis Perbandaran Kota Samarahan dan Majlis Daerah Serian, Sarawak.

Jawapan





Tuan Yang di-Pertua,




Sebagai langkah jangka pendek, cadangan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Sarawak telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) dengan peruntukan sebanyak RM150 juta bagi mengatasi masalah banjir kilat di kawasan persekitaran Kuching dan Kota Samarahan.
Sebagai langkah jangka panjang untuk manangani masalah banjir di Bandaraya Kuching pula, satu cadangan projek bernilai RM1.8 billion iaitu Rancangan Tebatan Banjir Kuching Fasa 2 akan dipohon dalam Rolling Plan yang akan datang.
Selain itu juga, Kerajaan telah meluluskan RM1.5 juta di bawah RMKe-11 bagi untuk menjalankan Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Serian bagi cadangan penyelesaian masalah banjir secara komprehensif.




Sekian, terima kasih.
Attachments