Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

07 December 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

1

Soalan

JAWAPAN BERSEKALI

DARIPADA
:
Puan Hajah Azizah binti Harun
SOALAN NO.
:
1
TARIKH
:
7 DISEMBER 2016
Puan Hajah Azizah binti Harun minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah terkini yang diambil oleh Kerajaan dalam menangani pencemaran sungai sehingga menyebabkan loji rawatan air terpaksa berhenti operasi beberapa kali.




DARIPADA
:
Tuan Chia Song Cheng
SOALAN NO.
:
14
TARIKH
:
13 DISEMBER 2016
Tuan Chia Song Cheng minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah mekanisme pemantauan hulu sungai bagi melindungi punca air dan kawasan loji rawatan air daripada pencemaran dan sejauh manakah kerjasama dengan Kerajaan negeri dalam membendung masalah sumber air yang terganggu.




2
Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah-langkah untuk meningkatkan kerjasama antara agensi-agensi dan Kerajaan negeri dengan tujuan meningkatkan penguatkuasaan terhadap pencemaran sungai dan langkah-langkah untuk mengkaji semua hukuman sedia ada memandangkan kos pemulihan yang begitu tinggi.




DARIPADA
:
Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Haji Omardin




SOALAN NO.:33








TARIKH
:
21 DISEMBER 2016




Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Haji Omardin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh mana pendekatan pihak Kementerian bekerjasama dengan Kerajaan Negeri menangani isu pencemaran air terutama di Negeri Selangor yang telah mengakibatkan rakyat di Negeri Selangor menghadapi masalah menerima bekalan air bersih.


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,



Izinkan saya menjawab bersekali bagi pertanyaan berkaitan isu-isu pencemaran air dan loji rawatan air yang dibangkitkan oleh :-




i) YB Senator Pn Hajah Azizah Binti Harun pada 7 Disember 2016;
ii) YB Senator Tn Chia Song Cheng pada 13 Disember 2016;
iii) YB Senator Tn Chandra Mohon a/l S. Thambirajah pada 13 Disember 2016; dan
iv) YB Senator Datuk Haji Megatr Zulkarnain Bin Tan Sri Haji Omar Din pada 21 Disember 2016.




Dari segi perundangan, mana-mana pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai boleh diambil tindakan dibawah Seksyen 25 (3), AKAS 1974, dengan hukuman denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara selama tempoh tidak lebih dari 5 tahun atau kedua-duanya sekali disamping itu denda tambahan tidak lebih daripada RM 1,000.00 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan
Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar sedang menyemak dan akan meminda peruntukan AKAS 1974 dan peraturan yang berkaitan sebagai penambahbaikan selaras dengan perkembangan semasa teknologi kawalan pencemaran dan kaedah pengurusan alam sekitar yang semakin dinamik dan kompleks
4
Penyelesaian secara total bagi isu pencemaran sungai perlu melibatkan banyak pihak agar penyelesaian secara holistic dapat dicapai. Antara pihak-pihak yang perlu dilibatkan dalam operasi penyiasatan, penguatkuasaan dan pemantauan adalah:
(i) Pihak kerajaan negeri,
(ii) Pihak berkuasa tempatan,
(iii) Agensi kawal selia air di negeri-negeri, dan
(iv) Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan banyak lagi
Menyedari hakikat ini, pendekatan yang dilakukan oleh Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar ialah penyiasatan secara bersepadu melalui konsep Strategik Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang dianggotai oleh agensi Kerajaan negeri seperti pihak berkuasa tempatan, Pejabat Tanah dan Daerah, agensi pengurusan air negeri dan lain-lain agensi yang berkaitan bagi membolehkan komunikasi yang cepat dan tindakan siasatan yang pantas.
Bagi memantapkan kerjasama tersebut, penyelarasan skop tugas antara agensi yang terlibat dengan pengurusan sungai dan sumber air turut diperkemas dalam pembangunan Standard Operating Procedure yang disediakan. Operasi bersepadu seperti river survey dianggotai oleh agensi berkaitan bertujuan pengesanan punca di sepanjang sungai dengan menjalankan persampelan dan juga pemantauan secara in situ. Ini juga secara tidak langsung melengkapkan inventori punca di bawah kawalan agensi berkaitan.
5
Bagi insiden penutupan loji rawatan air di negeri Selangor pada tahun 2016, satu kertas siasatan telah dibuka dan pertuduhan terhadap sebuah premis yang beroperasi secara haram di negeri Selangor telah disiapkan dan didalam semakan unit pendakwaan.
Kementerian dalam proses menggubal Rang Undang-undang Sumber Air Negara bagi memantapkan pengurusan sumber air secara menyelruh di Malaysia termasuk hulu sungai. Antara elemen utama yang terkandung dalam draf RUU tersebut adalah untuk memperkenalkan keseragaman undang-undang dan dasar dalam pengurusan sumber air di seluruh negara selaras dengan Perkara 76 Perlembagaan.
a) Konsistensi dalam undang-undang adalah perlu bagi mengawal aspek-aspek berkaitan dengan sumber air contohnya definisi sumber air, skop pemakaian, bidang kuasa dan lain-lain.
b) Tujuan penyeragaman adalah untuk membolehkan peraturan dan kawalan dibuat ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan sumber air yang merentasi sempadan antarabangsa.
Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar juga menggunakan pendekatan untuk menggalakan Guide Self-Regulation (GSR) kepada semua industri. Pengenalan terhadap konsep GSR ini sedang giat dilaksanakan melalui sesi ceramah, seminar dialog dan mesyuarat.
Dalam kes seperti pencemaran air di negeri Selangor, operator pengendali Loji Rawatan Air ini juga turut digesa untuk meningkatkan tahap kecekapan loji masing-masing yang mampu merawat air mentah
6
yang tercemar. Pihak Kementerian juga ingin menyarankan semua pihak perlu lebih proaktif di dalam menjaga dan mengawal pencemaran dari punca-punca yang berada dalam tanggungjawab masing-masing




Sekian, terima kasih.

Attachments