Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

13

Soalan

Datuk Chin Su Phin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah-langkah yang diambil Kerajaan dalam mengatasi masalah pemanasan global setakat ini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di peringkat Antarabangsa semua negara Parti kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim PBB (UNFCCC) telah mempersetujui perjanjian perubahan iklim global iaitu Paris Agreement pada 12 Disember 2015. Malaysia telah menandatangani Paris Agreement pada 22 April 2016 di New York, Amerika Syarikat dan meratifikasikannya pada 16 November 2016, dan menjadi negara Parti yang ke-111 untuk perjanjian tersebut.
Antara tindakan susulan Paris Agreement yang perlu dilaksanakan adalah menyediakan pelan tindakan perubahan iklim jangka masa panjang yang dinamakan Nationally Determined Contributions (NDC) setiap 5 tahun sekali. NDC merupakan sumbangan negara kepada usaha global untuk menangani impak perubahan iklim bagi tempoh pasca-2020 di bawah Paris Agreement. Malaysia telah mengemukakan NDC pertamanya kepada UNFCCC pada 27 November 2015.
Melalui NDC tersebut, Malaysia berhasrat untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG sebanyak 45% berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) menjelang 2030 berasaskan intensiti pelepasan pada tahun 2005. Daripada keseluruhan sasaran pengurangan ini, 35% akan dilaksanakan tanpa syarat (unconditional) manakala baki 10% lagi adalah bersyarat
(conditional) dan tertakluk kepada penerimaan peruntukan kewangan, pemindahan teknologi, dan pembangunan kapasiti daripada negara maju.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi mencapai sasaran NDC Negara, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian dan Agensi di bawahnya telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca (GHG) di bawah sektor-sektor utama GHG negara seperti sektor tenaga, pengangkutan, sisa pepejal, proses industri dan pertanian seperti berikut:
1. Menggalakkan penjanaan tenaga elektrik boleh diperbaharui melalui mekanisme Feed-in Tariff (FIT);
2. Melesenkan penjanaan tenaga elektrik boleh diperbaharui di luar mekanisme FIT;
3. Menggalakkan pembangunan loji biogas di bawah National Key Economic Area (NKEA) di bawah Economic Transformation Programme (ETP);
4. Menggalakkan aktiviti kitaran semula bagi mengelakkan penjanaan dan pelepasan gas metana akibat daripada pembuangan sisa organik di dalam tapak pelupusan;
5. Mempertingkatkan kawasan hutan simpan yang mampu menyerap gas rumah kaca;
6. Membangunkan sistem pengangkutan awam darat berunsurkan rel;
7. Menggalakkan penggunaan gas asli sebagai bahan api kenderaan pengangkutan awam;
8. Membangunkan program bio-diesel B5;
9. Mewujudkan dan menggalakkan penggunaan sistem pengiktirafan kecekapan bangunan;
10. Menggalakkan penggunaan kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicles – EEVs);
11. Menetapkan sasaran pengurangan penggunaan tenaga 5% oleh bangunan-bangunan kerajaan, dan
12. Menggalakkan penggunaan teknologi hijau menerusi program (Green Technology Financing Scheme – GTFS)
Sekian, terima kasih.

Attachments