Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

07 March 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

29

Soalan

DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS [ BETONG ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah perkembangan usaha ke arah matlamat mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau (Green House Gas) sebanyak 45% menjelang 2030, yang Malaysia janjikan di COP 21.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Antara hasil utama Persidangan Ke-21 United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) adalah Paris Agreement yang telah dipersetujui pada 12 Disember 2015. Malaysia telah menandatangani Paris Agreement pada 22 April 2016 dan meratifikasikan perjanjian ini pada 16 November 2016.
Antara tindakan susulan Paris Agreement yang perlu dilaksanakan adalah menyediakan pelan tindakan perubahan iklim jangka masa panjang yang dinamakan Nationally Determined Contributions (NDC) setiap 5 tahun sekali. NDC merupakan sumbangan negara kepada usaha global untuk menangani impak perubahan iklim bagi tempoh pasca-2020 di bawah Paris Agreement. Malaysia telah mengemukakan NDC pertamanya kepada UNFCCC pada 27 November 2015.
Melalui NDC tersebut, Malaysia berhasrat untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah kaca (Green House Gas, GHG) sebanyak 45% berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030 berasaskan intensiti pelepasan pada tahun 2005. Daripada keseluruhan sasaran pengurangan ini, 35% akan dilaksanakan tanpa syarat (unconditional) manakala baki 10% lagi adalah bersyarat (conditional) dan tertakluk kepada penerimaan peruntukan kewangan, pemindahan teknologi, dan pembangunan kapasiti daripada negara maju.
Bagi mencapai sasaran NDC negara, Kerajaan sedang membangunkan ‘Roadmap for effective implementation of NDC and adoption to the Paris Agreement’. Roadmap ini dibangunkan untuk mengenalpasti strategi, kaedah, dan keperluan pelaksanaan tindakan mitigasi dan adaptasi oleh pelbagai sektor berkaitan bagi mencapai sasaran NDC negara. Dalam masa yang sama, Kerajaan melalui Kementerian dan Agensi di bawahnya telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif untuk mengurangkan pelepasan GHG di bawah sektor-sektor utama GHG negara seperti sektor tenaga, pengangkutan, sisa pepejal, proses industri dan pertanian. Inisiatif-inisiatif ini secara langsung menyumbang kepada sasaran pengurangan intensiti pelepasan GHG di dalam NDC negara.


Sekian, terima kasih.

Attachments