Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

08 March 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

3

Soalan

DR. HAJI NOOR AZMI BIN GHAZALI [ BAGAN SERAI ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah perkembangan dan pencapaian segala usaha yang telah dijalankan di pelbagai peringkat dan pelbagai sektor untuk mencapai matlamat besar seperti yang dijanjikan oleh Malaysia tanpa syarat untuk mengurangkan perlepasan gas karbon sehingga 40% menjelang 2020.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Pertama sekali pihak Kementerian mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Ahli Yang Berhormat matlamat dan usaha Negara di dalam mengurangkan pelepasan gas rumah kaca (GHG) dan menangani impak perubahan iklim.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Semasa persidangan UNFCCC COP-15 di Copenhagen, Denmark pada 2009, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan hasrat sukarela Negara untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG sehingga 40% menjelang 2020 berbanding intensiti pelepasan pada tahun 2005. Pencapaian indikator sukarela ini adalah tertakluk kepada penerimaan bantuan kewangan, pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti daripada negara-negara maju.
Berdasarkan langkah mitigasi yang telah dan sedang dilaksanakan pada masa ini, tahap intensiti GHG telah dapat dikurangkan kepada 33% pada tahun 2014. Daripada pengurangan intensiti GHG, ini 21% adalah dari sector bukan perhutanan, manakala baki 12% adalah daripada sector perhutanan seperti yang diumumkan semasa persidangan International Greentech and Eco Products Exhibition (IGEM) 2014.
3
Memandangkan peranan penting hutan yang bertindak sebagai penyerap karbon (carbon sink), Malaysia sedang meningkatkan program pemuliharaan hutan dan mengekalkan kawasan hutan dan litupan hijau untuk dimanfaatkan sebagai salah satu aktiviti mitigasi perubahan iklim pada masa hadapan. Negara juga aktif membangunkan mekanisme pelaksanaan Reducing Emissions from Deforestation and Degradation dan Role of Conservation, Sustainable Management of Forests, and Enhancement of Forest Carbon Stocks in Developing Countries (REDD+). Pelaksanaan mekanisme REDD+ ini adalah selari dengan matlamat dan komitmen negara untuk mengekalkan lebih 50% kawasan hutan dan litupan hijau negara. Pelaksanaan mekanisme REDD+ ini membolehkan negara mendapatkan sumbangan dana antarabangsa bagi mengekalkan keluasan hutan serta melaksanakan aktiviti pemuliharaan hutan negara.
Pada 12 Disember 2015, semasa persidangan UNFCCC COP-21 di Paris, Perancis, Malaysia dan 195 negara parti kepada UNFCCC telah mempersetujui Paris Agreement. Malaysia telah menandatangani Paris Agreement pada 22 April 2016 dan meratifikasikan perjanjian ini pada 16 November 2016. Bagi menyumbang kepada matlamat Paris Agreement untuk menangani isu perubahan iklim global dalam jangka masa panjang, Malaysia dan negara parti kepada UNFCCC yang lain perlu menyediakan dan mengemukakan Nationally Determined Contributions (NDC) kepada UNFCCC. NDC merupakan sumbangan negara kepada usaha global untuk menangani impak perubahan iklim bagi tempoh pasca-2020 di bawah Paris Agreement. Malaysia telah mengemukakan Intended NDC (INDC) kepada UNFCCC pada 27 November 2015.
4
Menurut INDC tersebut, Malaysia berhasrat untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG sebanyak 45% berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) berbanding intensiti pelepasan pada tahun 2005 menjelang 2030. Daripada keseluruhan sasaran pengurangan ini, 35% akan dilaksanakan tanpa syarat (unconditional) manakala baki 10% lagi adalah bersyarat (conditional) dan tertakluk kepada penerimaan peruntukan kewangan, pemindahan teknologi, dan pembangunan kapasiti daripada negara maju.
Sehubungan itu sasaran pengurangan intensity GHG negara telah berubah mengikut sasaran di bawah NDC.
Bagi mencapai sasaran NDC negara, Kerajaan sedang membangunkan ‘Roadmap for effective implementation of NDC and adoption of the Paris Agreement’. Roadmap ini dibangunkan untuk mengenalpasti strategi, kaedah, dan keperluan pelaksanaan tindakan mitigasi dan adaptasi oleh pelbagai sektor berkaitan bagi mencapai sasaran INDC negara. Dalam masa yang sama, bagi mencapai sasaran NDC Negara Kerajaan Malaysia melalui Kementerian dan Agensi di bawahnya telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca (GHG) di bawah sektor-sektor utama GHG negara seperti sektor tenaga, pengangkutan, sisa pepejal, proses industri dan pertanian seperti berikut:
1. Menggalakkan penjanaan tenaga elektrik boleh baharu melalui mekanisme Feed-in Tariff (FIT);
2. Menggalakkan penjanaan tenaga elektrik boleh baharu di luar mekanisme FIT;
5
3. Menggalakkan pembangunan loji biogas di bawah National Key Economic Area (NKEA) di bawah Economic Transformation Programme (ETP);
4. Menggalakkan aktiviti kitaran semula bagi mengelakkan penjanaan dan pelepasan gas metana akibat daripada pembuangan sisa organik di dalam tapak pelupusan;
5. Mempertingkatkan kawasan hutan simpan yang mampu menyerap GHG;
6. Membangunkan sistem pengangkutan awam darat berunsurkan rel;
7. Menggalakkan penggunaan gas asli sebagai bahan api kenderaan pengangkutan awam;
8. Membangunkan program dan menggalakkan penggunaan bio-diesel B5;
9. Mewujudkan dan menggalakkan penggunaan sistem pengiktirafan kecekapan bangunan;
10. Menggalakkan penggunaan kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicles – EEVs);
11. Menetapkan sasaran pengurangan penggunaan tenaga 5% oleh bangunan-bangunan kerajaan, dan
12. Menggalakkan penggunaan teknologi hijau menerusi Skim Pembiayaan Green Technology Financing Scheme – GTFS.
Sepertimana pencapaian sasaran pengurangan intensity GHG 33% yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, usaha-usaha ini akan diteruskan dengan memberi penekanan kepada pengurusan hutan secara berkekalan (sustainable forest management)
6
Ahli-Ahli Yang Berhormat,
Pelaksanaan inisiatif-inisiatif mitigasi pelepasan GHG di pelbagai sektor berkaitan ini menyumbang secara langsung kepada sasaran pengurangan intensiti pelepasan GHG di dalam NDC negara.


Sekian, terima kasih.
Attachments