Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

09 March 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

36

Soalan

YB. TUAN M. KULA SEGARAN A/L V. MURUGESON [IPOH BARAT] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-
(a) Kerajaan Negeri manakah yang telah bersetuju dengan cadangan untuk menghentikan pembalakan 100%; dan
(b) Jumlah penanaman semula pokok-pokok untuk menjadikan semula hutan yang telah dilakukan setakat ini dan bagaimana.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Pada masa kini, tiada lagi Kerajaan Negeri menghentikan aktiviti pembalakan 100% dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal.
Sehingga kini, sebanyak 81,678,534 pokok telah berjaya ditanam dengan keluasan tanaman 102,709.04 hektar meliputi kawasan miskin, terosot dan lapang dalam HSK serta Tanah Kerajaan sejak tahun 2010 hingga 2016.


Sekian, terima kasih.
Attachments