Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

09 March 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

46

Soalan

YB DATUK JUMAT BIN IDRIS [SEPANGGAR] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk memulihkan kerosakan taman kerumbu karang dilaut Pulau Sepanggar yang terjejas akibat aktiviti pengeboman ikan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Kawasan perairan di Pulau Sepanggar masih belum diwartakan sebagai kawasan perlindungan marin (Marine Protected Areas, MPA) dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar hanya mempunyai peruntukan untuk tujuan pemuliharaan terumbu karang di Taman Laut yang telah diwartakan. Walau bagaimanapun, Kementerian ini sedia memberi khidmat nasihat kepada Kerajaan Negeri Sabah berkaitan kaedah-kaedah restorasi terumbu karang yang telah dimusnahkan. Kementerian juga ingin mencadangkan agar kerjasama secara NBOS antara agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi memastikan usaha pemuliharaan terumbu karang dapat dilaksanakan secara efektif. Pemuliharaan terumbu karang secara efektif dapat memastikan kelestarian habitat marin terpelihara dan meningkatkan daya tarikan pelancong.


Sekian 


terima kasih.
Attachments