Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

09 March 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

76

Soalan

Tuan Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimana peruntukan Bajet 2017 sebanyak RM496 juta bagi rancangan tebatan banjir telah diagihkan bagi setiap negeri, termasuk Pulau Pinang

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Dalam Bajet 2017, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah diperuntukkan sebanyak RM495 juta bagi pelaksanaan sebanyak 69 projek Rancangan Tebatan Banjir termasuk 2 projek saliran bandar di seluruh negara.
Pengagihan ini dibuat adalah berdasarkan kepada agihan peruntukan tebatan banjir yang diberikan kepada negeri-negeri adalah berdasarkan kepada keperluan aliran tunai selaras dengan proses kerja dan tempoh masa dari peringkat rekabentuk, pengambilan balik tanah, tender dan juga pembinaan. Agihan peruntukan yang diluluskan ini juga adalah merangkumi pelaksanaan projek baru dan sambungan dan terhad kepada batas siling peruntukan tahunan yang telah ditetapkan kepada setiap kementerian selaras dengan bajet pembangunan negara yang ditetapkan.
Pada masa yang sama, Kementerian juga mengambil kira akan tahap keseriusan kejadian banjir di sesebuah negeri ketika menentukan agihan peruntukan yang dibuat.


Sekian, terima kasih.

Attachments