Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

14 March 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

9

Soalan

Tuan Haji Hasbi Bin Habibollah [Limbang] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilakah Kerajaan akan memulakan "dredging" di kuala Sungai Limbang yang semakin tohor memandangkan peruntukan sebanyak RM10 juta telah diluluskan beberapa tahun yang lalu.

 





Jawapan

 Tuan Yang di-Pertua,ertua, ertua,ertua,


Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah diluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta pada tahun 2016 iaitu di bawah RMKe-11 bagi kerja-kerja pengorekan di muara Sungai Limbang. Projek ini meliputi kerja-kerja pengorekan di kawasan seluas 28.8 hektar dengan kedalaman 4 meter, lebar 60 meter di sepanjang 4.8 km.
Status Semasa :
1. Kerja Ukur – siap
2. Kerja Reka Bentuk – siap
3. Kelulusan EIA – selesai
4. Dokumen Tender – siap


Pada masa ini, Kementerian dalam peringkat perolehan dan kerja-kerja fizikal di tapak dijangka akan bermula pada April 2017.
Attachments