Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman, Kementerian melalui agensi-agensi di bawahnya khususnya Jabatan Alam Sekitar (JAS) memainkan peranan yang penting dalam usaha ke arah melestarikan alam sekitar. Selaras dengan dasar Tranformasi National 2050 (TN50) dan objektif 2030 Agenda For Sustainable Development Goals (SDG) berikut adalah peranan dan perancangan yang telah dan sedang dijalankan:
i) Penggubalan Dasar dan Perundangan
Bagi memastikan dasar dan instrumen perundangan sedia ada relevan dengan komitmen negara dan perkembangan semasa maka JAS sedang menggubal Akta Kualiti Alam Sekeliling baharu bagi menggantikan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974), semakan semula Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PKAS) sedia ada selain penggubalan peraturan-peraturan baharu, menyemak dan mengemaskinikan dasar dan prosedur pembangunan projek-projek berimpak tinggi khususnya aktiviti penambakan laut dan kemaskini semula Dasar Alam Sekitar Negara 2002 (DASN 2002).
3
ii) Tranformasi Penguatkuasaan Peraturan
Matlamat dan halatuju terkini adalah mengadakan transfomasi aktiviti penguatkuasaan ke arah melahirkan generasi komuniti yang terkawal menerusi pematuhan kendiri atau Guided Self-Regulation (GSR) dalam mengarusperdanakan alam sekitar (environmental mainstreaming). Ini bermaksud kepentingan alam sekitar dipermudahcarakan, diserap, diterap dan diintegrasikan dalam semua aspek pengurusan dan implementasi sesuatu projek, program atau aktiviti oleh industri dan stakeholder. Sebagai pemangkinan ke arah pelaksanaan GSR yang lebih efektif, maka 13 elemen environmental mainstreaming tools (EMT) diperkenal terutama mewajibkan persijilan orang yang berwibawa atau competent person and qualified person.
Penambahbaikan konsep pengurusan buangan bahan toksik dan berbahaya bagi mencapai kelestarian tapak-tapak buangan selamat dengan mengutamakan prinsip 3R iaitu reuse, recovery dan recycle serta mempromosikan kaedah co-processing. Menjadikan aktiviti pengurusan e-Waste sebagai signature Jabatan ke arah pelaksanaan 3R di samping meningkatkan amalan industri hijau dan pengeluaran bersih di kalangan industri kecil dan sederhana.
Penguatkuasaan dan pemantauan isu pencemaran alam sekitar secara bersepadu menerusi pendekatan Strategi Lautan Biru
4
Kebangsaan (NBOS), penurunan kuasa dan empowerment serta pemakaian Integrated Standard Operating Procedure (iSOP).
iii) Pengawasan Kualiti Alam Sekitar
Peningkatan kualiti bahan api ke arah EURO 5 menjelang tahun 2025 bagi kedua-dua bahan api diesel dan petrol khususnya untuk kegunaan sektor kenderan bermotor serta kualiti bahanapi khususnya minyak diesel bagi penggunaan sektor industri.
Penambahan bilangan rangkaian stesen dan penambahbaikan teknologi serta parameter pengawasan kualiti alam sekitar menerusi National Environmental Quality Monitoring Programme (NEQMP) mulai 14 April 2017 terutama pengukuran kualiti udara bagi saiz partikulat PM2.5.
iv) Penyertaan Aktif Isu Alam Sekitar Antarbangsa, Serantau dan Dua Hala
Memantau dan melaksanakan komitmen Kerajaan sebagai parti kepada Protokol Montreal, Protokol Kyoto dan Konvensyen Basel; selain meratifikasikan Konvensyen Rotterdam, Konvensyen Minamata dan Konvensyen Stockholm.
Penglibatan aktif dalam isu pengurusan alam sekitar serantau di peringkat ASEAN khususnya dalam pencemaran minyak marin
5
seperti Revolving Fund Committee (RFC) dan ASEAN Cooperation Mechanism for Joint Oil Spill Preparedness and Response serta memantau pelaksanaan Pelan Tindakan Jerebu Peringkat ASEAN.
Perkongsian maklumat di bawah platfom Malaysia Singapore Joint Committee of Environment (MSJCE) terutama penyelesaian isu penambakkan laut di Selat Johor.
v) Program Kesedaran Awam, Pendidikan dan Komunikasi (Communication, Education & Public Awareness, CEPA)
Semakan dan penambahbaikan pelaksanaan program kesedaran alam sekitar berimpak tinggi seperti Hari Alam Sekitar Negara, Rakan Strategik Alam Sekitar, Rakan Alam Sekitar, Anugerah Industri Hijau, Hari Ozon Sedunia dan Sekolah Lestari.
Penglibatan secara aktif ahli-ahli MEXCO Kerajaan Negeri dan ahli Majlis Kualiti Alam Sekeliling (EQC) sebagai platform menasihat/pelaksana ketetapan dasar serta penglibatan terus dalam aktiviti pengurusan alam sekitar Negara.
vi) Pembangunan Modal Insan
Mengarusperdanakan pembangunan modal insan dengan mempertingkatan program pensijilan kompetensi kepada pegawai-pegawai Jabatan kerajaan, industri dan komuniti bumiputra.
Sekian, terima kasih