Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

15 March 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

24

Soalan

YB. PUAN HAJAH FUZIAH BINTI SALLEH [ KUANTAN ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan secara terperinci cara dan langkah untuk mencapai lima juta hektar hutan simpanan kekal pada tahun 2020.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Kementerian sentiasa komited dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hutan selaras dengan komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok-pokok dan kawasan berhutan termasuklah usaha untuk mencapai 5 juta hektar Hutan Simpanan Kekal (HSK) menjelang tahun 2020. Di antara inisiatif yang dilaksanakan dalam menjayakan komitmen ini adalah seperti berikut:
(i) mengekalkan pewartaan kawasan HSK sedia ada untuk diurus melalui amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan bagi faedah sosial, ekonomi dan alam sekitar untuk kepentingan rakyat dan negara;
(ii) mewartakan kawasan cadangan HSK yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebagai HSK;
(iii) mewartakan kawasan-kawasan tanah kerajaan berhutan sebagai HSK;
(iv) menggantikan mana-mana kawasan HSK yang telah dikeluarkan/dimansuhkan dengan kawasan hutan lain yang lebih kurang sama keluasannya;
(v) meningkatkan kualiti kawasan HSK melalui aktiviti restorasi dan pemuliharaan kawasan hutan terosot;
(vi) melaksanakan aktiviti pemeliharaan in-situ dan ex-situ terutamanya bagi spesies flora yang Endangered, Rare and Threatened (ERT);
(vii) memperkemaskan mekanisma penguatkuasaan hutan melalui program National Blue Ocean Strategy (NBOS) seperti 1 Malaysia Biodiversity Enforcement Operation Network (1MBEON) dan Centralised Enforcement Team (CET), penubuhan Pasukan Elit Penguatkuasaan JPSM (JPSM Elite Team) dan penggunaan teknologi dan peralatan terkini seperti Forest Monitoring Using Remote Sensing (FMRS), Unmanned Aerial Vehicle (UAV), Geographical Information System (GIS), Hyperspectral sensors dan Global Positioning System (GPS) semasa menjalankan aktiviti penguatkuasaaan hutan dan pemantauan pencerobohan hutan; dan
(viii) mempertingkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam perhutanan.


Sekian, terima kasih.

Attachments